Terciptanya Tembok Berlin...


Tembok Berlin.

Tembok Berlin merupakan sebuah tembok pemisah yang dibina oleh Republik Demokratik Jerman (GDR). Tembok ini memisahkan Berlin Barat dan Berlin Timur. Berlin Barat juga dikelilingi oleh Jerman Timur yang dikuasai oleh Pihak Soviet. Hal ini menjadikan Berlin Barat sebuah enklave. Pada hari ini, Tembok Berlin merupakan simbol kepada perang dingin yang memisahkan keluarga dan orang ramai daripada peluang pekerjaan di bahagian barat. 

Pada 13 Ogos 1961, Berlin Timur telah menutup sempadan antara Berlin Barat dan Berlin Timur. Mereka membuat pagar menggunakan kawat berduri dan telah meletakkan pengawal bersenjata. Dalam masa seminggu, pagar kawat diperkukuhkan dengan konkrit. 

Pada bulan Jun 1962, pagar kedua telah dibina. Orang yang cuba melarikan diri dari Berlin Timur akan ditembak mati. Kawasan di antara kedua sempadan dipanggil "The Death Strip". Pada 1975, tembok ini dipanggil "Border Wall 75" dan pembinaannya mengambil masa selama 5 tahun. 

Pembinaan "Border Wall 75" ini telah dinaiktaraf kepada Tembok Berlin dan telah menjadikan tembok pemisah di antara kedua sempadan ini menjadi lebih kukuh dan kuat. Antara ciri-ciri tembok tersebut iaitu...

  • Terdapat 45 ribu bahagian tembok yang dibuat dengan campuran konkrit dan besi keluli. 
  • Mempunyai ketinggian sebanyak 12 kaki dan lebar sebanyak 3.9 kaki setiap satu. 
  • Berat bagi setiap tembok pula mencecah 3 tan setiap satu. 
  • Mempunyai pagar besi sepanjang 79 batu.
  • Terdapat hampir 300 menara peninjau.
  • Terdapat 200 anjing penjaga. 
  • 20 buah kubu.
  • Parit anti-kenderaan sepanjang 65 batu. 

The Death Strip & Menara Peninjau
Perang Dingin 

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, baki kawasan jajahan Jerman dan Berlin dibahagikan kepada 4 wilayah. Setiap satu kawasan tersebut dikuasai oleh Pihak Berikat iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Kesatuan Soviet.

Berlin pula dibahagikan kepada 4 sektor. Berlin juga menjadi tempat bagi Majlis Mesyuarat Pihak Berikat. Namun begitu, keseluruhan kawasan Berlin terletak di bawah zon Soviet. Dalam pada itu, terdapat perubahan politik sepanjang 2 tahun dan Soviet telah menolak untuk membuat pembinaan semula pelan bersama-sama dengan Pihak Berikat yang lain.

Kemudian, Pihak Berikat yang lain bersama dengan negara Benelux telah menggabungkan Zon Anti-Soviet di negara itu menjadi satu zon yang akan dibina semula. Zon tersebut juga turut dibina untuk melanjutkan Marshall Plan. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya Perang Dingin antara Pihak Soviet dan Pihak Berikat.


Perta Berlin

Pada tahun 1936, Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy telah melawat Berlin Barat dan memberikan ucapan dihadapan 450,00 orang yang hadir. Dalam ucapan tersebut beliau telah berkata...
All free men, wherever they may live, are citizens of Berlin. And therefore, as a free man, I take pride in the words 'Ich bin ein Berliner!'
Kenyataan beliau 'Ich bin ein Berliner' bermaksud "I am a Berliner". Beliau menyatakan bahawa beliau menyokong Berlin mewakili Amerika Syarikat. Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat yang ke-40 telah melawat Berlin pada tahun 1987 untuk menyambut ulang tahun Berlin yang ke-750. Ketika berucap, beliau telah mencabar pemimpin Soviet iaitu Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut. Kata beliau dalam ucapannya...
General Secretary Gorbachev, if you seek peace, if you seek prosperity for the Soviet Union and Eastern Europe, if you seek liberalization, Come here to this gate! Mr.Gorbachev, open this gate! Mr. Gorbachev, tear down this wall!

Tembok Berlin Diruntuhkan

Pada 9 November 1989, Perang Dingin semakin berkurang di bahagian Timur Eropah. Jurucakap bagi Parti Komunis Berlin Timur mengumumkan bahawa terdapat perubahan dalam hubungan antara Berlin Timur dan Berlin Barat. 

Bermula pada tengah malam itu, beliau menyatakan bahawa rakyat GDR boleh menyeberangi tembok sempadan. Rakyat Berlin Timur dan Barat berkumpul di tembok tersebut dan meraikan peristiwa tersebut. Pada tengah malam, mereka berpusu-pusu menuju ke tempat pemeriksaan. 

Orang ramai menggunakan tukul besi dan cangkul untuk mengetuk tembok tersebut. Orang-orang ini dikenali sebagai mauerspechte atau "wall woodpeckers". Sementara itu, jentolak dan kren bertindak mengangkat satu persatu bahagian batu tembok tersebut. 

Orang ramai di atas Tembok Berlin.
Lama kelamaan, tembok itu sudah diruntuhkan Berlin telah bersatu buat pertama kalinya sejak tahun 1945. Penyatuan semula Jerman Barat dan Jerman Timur telah dibuat secara rasmi pada 3 Oktober 1990 hampir setahun selepas runtuhnya Tembok Berlin. 

Pada hari ini, hampir keseluruhan Tembok Berlin dimusnahkan. Muzium dan pengumpul di seluruh dunia menyimpan sebahagian daripada Tembok Berlin. Namun begitu, kebanyakannya dikitar semula bagi tujuan pembinaan semula Jerman. 

Koleksi Tembok Berlin di Los Angeles
Sekian saja,

====================

BS Komrad 

1 comments:

  1. The Casinos with the Best Slot Machines in Oklahoma
    You can play for fun 슬롯 게임 and prizes in the best 22bet casinos in Oklahoma. 벳인포해외배당흐름 Casinos with the best 슬롯 머신 규칙 slots in 벳 페어 Oklahoma. The Casinos with the best slots in Oklahoma.

    ReplyDelete

 

Blog Archive

Territory

Territory

Visitor