The Oculus Rift...


Oculus VR merupakan syarikat yang telah memperkenalkan sebuah alat paparan realiti maya atau virtual reality head-mounted display. Alat ini merupakan sebuah alat paparan jenis head-mounted display (HMD) yang dilengkapi dengan sistem paparan realiti maya iaitu virtual reality (VR). Alat ini berbentuk seperti binokular dan dipasang di kepala. Sistem VR pula merupakan simulasi-komputer bagi sesebuah persekitaran yang mana si pemakai alat ini akan berasa seperti berada di tempat yang dipaparkan pada alat tersebut. 

Alat yang lebih hebat daripada teknologi 3D ini diperkenalkan oleh Palmer Lucky iaitu pengasas Oculus. Pada 25 Mac 2014, Facebook telah bersetuju untuk membeli Oculus VR dengan $400 juta secara tunai, $1.6 juta stok Facebook, $300 juta kepada target Oculus VR menjelang suku kedua 2014. Jika pembelian dengan harga yang begitu tinggi boleh dibuat, alat ini semestinya sebuah alat yang canggih dan mahal. Alat ini juga terdiri daripada dua versi iaitu Developer Version dan Consumer Version.

Developer Version
  • Merupakan kit terawal yang dibiayai oleh Kickstarter untuk para pemaju menggunakan alat ini dalam games mereka. 
  • Kit ini dijual pada kadar 4-5 minit pada hari pertama sebelum kembali perlahan setiap minggu.
  • 12 Mac 2014, kit ini tidak boleh lagi dipesan atau dibeli daripada Oculus.
  • Pada Mac 2014, Oculus mengumumkan bahawa Developer Kit atau Devkit yang terbaru iaitu Devkit2 akan diedarkan dalam bulan Julai 2014. 
  • Devkit2 telah dilakukan beberapa pembaharuan dan naik taraf. 
  • Antara pembaharuan yang dibuat seperti higher-resolution low-persistence OLED display, higher refresh rate, head positional tracking, a detachable cable, and the omission of the need for the external control box.
Sudut Hadapan

Sudut Belakang & Control Box
Consumer Version
  • Consumer Version pula merupakan versi pengguna iaitu untuk penggunaan orang ramai. 
  • Versi ini masih lagi dalam kerja menambahbaik. 
  • Sistem wireless masih di dalam pertimbangan untuk pengguna Rift. 
  • June 2013, Rift versi 1080p ditunjukkan di E3.
  • Dalam sebuah artikel di Business Insider pada 30 April 2014 menyatakan bahawa Consumer Version akan dikeluarkan pada 2015.
  • Namun begitu, wakil Oculus menyatakan bahawa tarikh pengeluaran belum lagi diumumkan. 

Oculus Rift Specs 1

Oculus Rift Specs 2
Gambar di atas merupakan info mengenai specs alat ini. Pada pendapat saya, alat ini dapat membuka satu kepada sebuah keuntungan yang besar. Bagi gamers kat luar sana, mesti ramai yang sedang menunggu pelancaran alat ini di Malaysia. Harganya mungkin agak mahal tapi bagi seorang gamers, mungkin ini adalah sesuatu yang mereka tunggu-tunggu. Oleh itu, get ready dan kumpul duit banyak-banyak untuk benda ni.

Bagi yang nak tahu macam mana kesannya alat ini dan macam mana powernya alat ini, sila tonton video yang dilampirkan di bahagian bawah artikel ini. 

Sekian

--------------------

Ronin 48

--------------------















0 comments:

Post a Comment

 

Blog Archive

Territory

Territory

Visitor