Asal Usul Melayu...

Kepulauan Melayu

Melayu...

Apa yang orang akan fikir bila sebut je perkataan kat atas tu? Tentu ramai akan fikir tentang cerita lagenda Laksamana Hang Tuah, Kesultanan Melayu Melaka, dan Malaysia. Namun itu hanya pada satu sudut sahaja. Pada sudut yang lain? Itulah hakikatnya, hanya tinggal nama sahaja. Bila ditaip dalam "search engine" seperti Google, maka banyaklah yang keluar. Sangat menyedihkan kerana semua "results" yang ditunjukkan lebih buruk dari baiknya.  Astaghfirullah.

Jadi asal usulnya dari mana datangnya nama Melayu dan dari mana datangnya Melayu itu sendiri? Jom lihat satu persatu fakta yang ada tentang Melayu. Terdapat pelbagai teori mengenai asal usul Melayu. Antaranya ialah Teori Yunnan dan Teori Nusantara. Fakta-fakta dan kajian-kajian para pengkaji sejarah telah digunapakai bagi menguatkan lagi teori-teori tersebut. 

Teori Yunnan

  1.  Berdasarkan teori ini, orang Melayu dikatakan telah datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu. 
  2. Terdapat tiga gelombang utama dalam teori ini iaitu perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutro.
  3. Orang Negrito merupakan penduduk awal di Kepulauan Melayu ( 8000 SM ).
  4. Melayu Proto dikatakan berasal daripada Asia Tengah ( 2500 SM ) dan mempunyai peradaban yang lebih maju berbanding Negrito.
  5. Melayu Deutro pula dikatakan berasal dari Yunan ( 1500 SM ) dan mempunyai peradaban yang lebih maju berbanding Melayu Proto.
  6. Pada masa kini, Melayu Proto dikatakan sebagai golongan orang asli kerana semasa kedatangan Melayu Deutro, Melayu Proto telah lari ke dalam hutan. 
  7. Oleh sebab itu, masyarakat Melayu yang ada pada hari ini dikatakan berasal daripada golongan Melayu Deutro. 
  8. Antara bukti yang didapati iaitu penemuan Kapak Tua yang mirip dengan Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa telah berlakunya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Tanah Melayu. 
  9. Bahasa Melayu juga serumpun dengan Bahasa Kemboja dan orang Kemboja dikatakan berasal dari Yunan dan hal ini telah menguatkan lagi fakta mengenai asal usul Melayu Deutro yang berasal dari Yunan.

Teori Nusantara

  1. Pada abad ke-19, Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa mempunyai peradaban yang tinggi. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah berlaku perkembangan budaya yang lama. Hal ini telah menunjukkan bahawa Melayu tidak berasal dari mana-mana malah berkembang di Nusantara.
  2. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Hal ini mewujudkan kemungkinan bahawa orang Melayu berasal daripada manusia kuno tersebut yang telah mewujudkan tamadun bersendirian.

Migrasi Penduduk Ke Kepulauan Melayu

Benua Sunda Yang Menggabungkan Kepulauan Melayu


Jadi, dari mana datangnya bangsa Melayu? Allahu a'lam, hanya Allah lebih mengetahuinya. Namun teori yang popular dan sering digunakan ialah Teori Yunnan. Mungkin kerana terdapat lebih banyak bukti mengenai teori tersebut memang tidak dapat dinafikan.

Namun begitu, terdapat juga teori yang mengatakan bangsa Melayu berasal daripada keturunan isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah atau Keturah. Bangsa Melayu yang berasal daripada jurai keturunan ini turut dikenali dengan nama Bani Jawi. Bagi orang Yahudi, Bani Jawi lebih dikenali sebagai bangsa yang hilang. Kenapa bangsa yang hilang? Jawapannya anda perlu rungkai sendiri. Bani Jawi ini dikatakan yang akan muncul sebagai umat akhir zaman yang menegakkan yang haq bersama-sama Nabi Isa a.s. nanti. Kesahihan teori ini, Allahu a'lam. 

Pada pendapat saya, teori-teori tersebut ada kelemahan dan kekuatannya. Bagi Teori Yunnan, terdapat bukti-bukti yang boleh dikatakan kukuh jadi tiada sebab saya menyangkalnya. Bagi Teori Nusantara pula, saya juga tidak boleh menyangkalnya kerana teori tersebut disokong oleh pengkaji-pengkaji sejarah yang tersohor. Mengenai Teori Keturah itu juga ada benarnya. Bani Jawi atau Bani Tamim memang berasal daripada Tanah Melayu dan dikatakan bahawa bani tersebut berasal dari timur. Saya tiada sebab untuk menyangkalnya.

Migrasi Penduduk 


Namun pada masa yang sama, wujud persoalan dalam fikiran saya. Apakah bangsa yang wujud ketika era pemerintahan kerajaan Langkasuka? Adakah bangsa-bangsa dari Siam juga dikatakan bangsa Melayu?
Jika ada sebarang pendapat atau hujahan sila nyatakan. Saya amat mengalu-alukan pendapat dari pembaca.

Sekian,

===================

BS Komrad
Writer of beruangsemenanjung.blogspot.com









0 comments:

Post a Comment

 

Blog Archive

Territory

Territory

Visitor