Dan bermulalah kisah samurai lagenda...
Pernah tengok filem yang bertajuk 47 Ronin? Filem ini diarah oleh Carl Rinsch. Filem ini mengisahkan sekumpulan bekas samurai atau Ronin membalas dendam bagi tuan mereka. Jika ada yang tahu tentang kisah pemerintahan Jepun di bawah tampuk pimpinan Shogun Tokugawa, mesti tahu bahawa setiap golongan bangsawan atau daimyo akan ada samurai mereka sendiri.
Rōnin atau ronin merupakan gelaran bagi samurai yang tidak bertuan semasa zaman feudal di Jepun. Oleh itu, pada zaman ini samurai memang amat taat terhadap tuan mereka. Berkaitan filem 47 Ronin pula, filem ini dibuat berdasarkan kisah benar. Bagi yang dah menonton filem ini, mesti anda tahu akan kisahnya. Pada saya, saya boleh katakan filem ini merupakan filem yang agak menarik.
Pada zaman feudal di Jepun dulu, wujudnya seorang tuan tanah atau daimyo yang bernama Asano Naganori. Beliau diarahkan oleh Shogun untuk menjalankan seppuku iaitu satu ritual membunuh diri kerana cubaan membunuh dan mencederakan Kira, seorang tuan tanah yang berpengaruh di Jepun. Jika anda menonton filem 47 Ronin, Kira mempunyai seorang ahli sihir. Ahli sihir ini telah mengenakan sihir ilusi terhadap Asano Naganori hinggakan Asano sanggup untuk bertindak kasar terhadap Kira.
Selepas kejadian tersebut, kesemua samurai Asano yang berjumlah 47 orang telah merancang untuk membalas dendam atas kematian tuan mereka. Mereka menunggu hampir 2 tahun untuk menjalankan rancangan membalas dendam mereka. Selepas kematian Kira, kesemua 47 Ronin diarahkan untuk melakukan seppuku terhadap diri mereka.
Selepas kejadian tersebut, kesemua samurai Asano yang berjumlah 47 orang telah merancang untuk membalas dendam atas kematian tuan mereka. Mereka menunggu hampir 2 tahun untuk menjalankan rancangan membalas dendam mereka. Selepas kematian Kira, kesemua 47 Ronin diarahkan untuk melakukan seppuku terhadap diri mereka.
Pada zaman Meiji, cerita ini telah berkembang dan menjadi popular. Cerita ini dijadikan teladan bagi rakyat Jepun dan menjadi lambang taat setia samurai kepada tuannya. Kisah 47 Ronin ini telah menjadi satu kisah lagenda di Jepun sehinggalah ke hari ini. Pada hari ini, anda boleh melawat makam 47 Ronin di Sengaku-Ji yang terletak di negeri matahari terbit itu.
Makam 47 Ronin |
Makam 47 Ronin |
Suka dengan kisah ini? Apa tunggu lagi, tontonlah filem ini.
Sekian
--------------------
Ronin 48
Writer of beruangsemenanjung.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment