Keeway RKV 200G



RKV 200G.

RKV 200G merupakan nama bagi motorsikal berjenama Benelli Keeway. RKV 200G ini merupakan sebuah motorsikal berteknologi Benelli iaitu dari Itali. Namun begitu, kebanyakan parts diambil dari China dan dipasang di CKD, Malaysia. Kalau di Malaysia, memang jenama ni agak tak terkenal. Namun kalau di diluar negara, jenama ni dah lama bertapak.

Dari segi spec, memang boleh dapat 4 ke 5 bintang sebab memang memuaskan. Jadi kalau nak dibandingkan RKV ni dengan motorsikal lain memang RKV ni banyak kelebihan. Namun begitu, tak semua benda dalam dunia ni sempurna. Jadi, spec bagi RKV ni macam mana?



Jadi bagaimana? Adakah anda puas hati? Ok jom kita ulas sikit tentang spec RKV ni. Untuk pengetahuan semua, RKV ni lebih murah berbanding FZ walaupun enjinnya 200cc lebih tinggi berbanding FZ 150cc. FZ lebih mahal mungkin sebab jenama Yamaha dah lama bertapak kat Malaysia jadi harganya lebih tinggi. Namun, kualiti produk Yamaha tak dapat dinafikan kerana ianya produk dari Jepun. 



Untuk pengetahuan RKV ini sesuai digunakan untuk santai. Bukan digunakan untuk berlumba kerana top speed tidak seberapa. Ada orang buat review boleh dapat top speed sampai 130 km/h tetapi mengikut berat badan. Disebabkan motorsikal ini tergolong dalam golongan naked bike jadi ianya sesuai digunakan untuk tujuan santai sahaja. 

Apa yang istimewanya RKV ni?

  1. RKV 200G menggunakan USD fork iaitu fork yang kebiasaannya digunakan oleh superbike sahaja. Untuk pengetahuan semua, Ninja 250R dan ER6N pun tak gunakan fork ni. 
  2. Tayar Pirelli depan belakang serta brake disc. Tayar Pirelli ni merupakan tayar official Pirelli. 
  3. Meter digital untuk speed, ODO, dan fuel. Ada juga meter analog tapi digunakan untuk rpm sahaja. 
  4. Sport Rim aloi berserta dengan lining merah yang dah siap pasang dari kilang. 
  5. RKV 200G juga menggunakan lampu brake LED

Jadi macam mana? Memuaskan hati atau tidak? Kalau ikut semua specnya memang tip top. Harga pun rendah dalam lingkungan 8000++ jika nak dibandingkan dengan FZ150i. Namun begitu, RKV kalah dengan FZ kerana FZ menggunakan fuel injection system. Jadi penggunaan minyak FZ lagi jimat berbanding RKV. Keseluruhannya, memang RKV ni memuaskan berbanding motorsikal lain yang sama taraf dengannya. Cuma memandangkan baru batch pertama, jadi kerosakan minor tu mungkin ada. 

Tunggulah keluaran baru, angkat satu letak rumah. Masa tu baru ranggi pakai RKV 200G ronda-ronda bandar. 

Sekian

--------------------

Ronin 48

--------------------











7 comments:

  1. Pengalamam saya ngan RKV 200g..Saya tukar bearing dlm enjin dan bearing tayar belakang...lagi laju...karburatoor tukar uma racing...nak 130kmh senang2,,pickup ngam..la ni dah 60,+++ km ulang alik tmpt keja 100km/hari...minyak enjin kena lebih sikit dlm 1.5l..kalu tak injn panas..Yang tak sedap..suspension keras( saya umur 46thn) org muda mungkin ok...injin leak..tapi tak jejas performance injin...terpaksa tukar gasket berkala la..la ni dah 2 kali tukar gasket injin...sepul SBC tmn ehsan buat...ejos pun sepul yg adjust...ok la..tapi saya nak jual RKV200g ni nak tukar KTNS RS3...sapa nak beli...RM2500 je...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Bos hantar je ke MySBC Motorworks di Kepong. Mmg authorised repairshop utk Keeway. Boleh search di FB.

      Delete
  3. Motor ni kualiti hampas kelapa. Lampu depan bentuk mcm haram. Sakit hati aku tengok motor ni atas jalan. Sesiapa yg dah terbeli aku ucapkan takziah sebab ia akan selalu rosak sehingga owner menyumpah setiap hari. Nak trade in pun tak laku. Kalau bawah $1000 mungkin kedai ambil. Kalau kedai x mau ambil juga lebih baik simbah dgn petrol dan bakar sahaja. Duit saja rugi tapi hati dah x sakit.

    ReplyDelete

 

Blog Archive

Territory

Territory

Visitor