Kisah Sang Katana



Katana.

Katana merupakan sejenis pedang yang berasal dari Jepun.

Kalau di Malaysia, ramai yang gunakan nama panggilan pedang samurai kerana pedang dengan samurai amat sinonim antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis pedang dengan nama-nama tersendiri yang wujud pada zaman samurai ini. Bukan hanya satu jenis tapi terdapat pelbagai jenis antaranya Kodachi, Nagamaki, Odachi, Tachi, dan banyak lagi. Di antara pedang-pedang tersebut, Katana merupakan antara pedang yang terkenal.

Menurut sejarah, Katana merupakan pedang Jepun yang dibuat secara tradisional. Katana digunakan pada zaman feudal di Jepun dan ianya digelar sebagai pedang samurai. Jika dilihat secara fizikal, bilah pedang ini memang lebih kecil daripada pedang-pedang yang lain seperti Viking Sword dan Saber Sword. Namun begitu, pedang ini perlu digunakan kedua-dua belah tangan kerana pemegangnya lebih panjang. 

Odachi

Kodachi

Nagamaki

Tachi
Menurut kajian, pedang samurai ini mempunyai bilah yang sangat tajam kerana ditempa dengan begitu teliti. Tidak hairanlah jika pada masa dulu ketika menjajah kita, ramai yang dipancung kerana ketajaman pedang ini. Katana dibuat menggunakan besi istimewa yang dipanggil Tamahagane yang dibuat hasil campuran pelbagai jenis logam dan bahan. 

Mengikut proses pembuatan pedang ini, selepas pedang ditempa ianya akan diasah serta dikilatkan. Proses ini mengambil masa hampir 2-3 minggu. Proses ini bagi menghasilkan pedang yang cantik, berkilat, tajam, dan berkualiti. Jika dilihat pada masa kini, harga sebilah Katana mampu mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kualiti pembuatannya iaitu bahan yang digunakan dan ketelitian pembuatannya. 

Penggunaan Katana 
Katana digunakan oleh samurai untuk berlatih seni mempertahankan diri. Penggunaan Katana meluas dalam pelbagai seni mempertahankan diri dan yang popular daripadanya iaitu Aikido, Ninjutsu, dan Kendo. Selain itu, samurai juga mempunyai disiplin yang tinggi kerana untuk mengendalikan Katana bukanlah mudah tambahan lagi ianya sangat tajam. 

Katana Di Mata Dunia
Katana bukan sahaja terkenal di Jepun malahan di serata dunia. Katana terkenal sebagai pedang yang mempunyai ketajaman yang paling tinggi. Antara Katana yang terkenal iaitu Kusanagi dan Honjo Masamune. Kedua-dua ini merupakan pedang lagenda dan mempunyai cerita tersendiri. Seperti di Malaysia, Keris Taming Sari terkenal sebagai keris lagenda yang digunakan Hang Tuah begitu juga dengan kedua-dua pedang tersebut di Jepun. 

Masamune


























Mungkin ramai yang tidak mengagumi penciptaan pedang samurai ini tapi itulah hakikatnya. Ketajamannya cukup untuk memotong kain yang dihamparkan di atas mata pedang tersebut. Malahan, sesiapa yang dikatakan berdepan dengan lawan yang menggunakan Katana, dia sudah dianggap mati.

Namun begitu fungsi pedang tersebut mengubah mengikut peredaran zaman. Di Malaysia contohnya, Katana digunakan sebagai lambang samseng atau kongsi gelap. Katana digunakan sebagai senjata oleh kumpulan-kumpulan samseng. Bukan sahaja di Malaysia, di Jepun juga begitu. Yakuza atau kumpulan kongsi gelap disana menggunakan pedang sebagai lambang kekuatan dan lambang kumpulan. 

Jika dilihat dari setiap sudut, masyarakat pada hari ini kurang belajar. Sebagai contohnya, penggunaan pedang ini. Ianya digunakan secara membabi buta sahaja tanpa latihan dan disiplin yang betul. Jadi apakah sebenar fungsi Katana? Membunuh? Mempertahankan diri? Fikirkan. 

Sekian

==================

Ronin 48
Writer of beruangsemenanjung.blogspot.com

==================



1 comments:

  1. 1xbet korean | How to register | How to use - LegalBet
    To register at 1xbet, you need to worrione register at 1xbet. The site is licensed and approved by Curacao, kadangpintar Curacao, Curacao and licensed 1xbet by the Curacao

    ReplyDelete

 

Blog Archive

Territory

Territory

Visitor